Minggu, 11 September 2011

Sajak: Cintai Allah, Syariat Allah Akan Tertegak Dengan Sendirinya

Orang beriman saja yang takutkan ALLAH
Kerana itulah orang mukmin sahaja
Yang patuh dengan suruhanNya
Orang mukmin kerana cintanya
Dengan ALLAH sebagai Tuhannya
Dia sangat menjaga syariatnya dan akhlaknya
Tanpa disuruh-suruh dan digesa-gesa, dia tahu buat sendiri
Oleh itu kenalkanlah ALLAH kepada manusia
Agar ALLAH dicintai dan ditakuti
Tentang syariat, orang mukmin akan patuh dengan sendiri
Kerana dia tahu syariat itu kepunyaan ALLAH
Begitulah kalau kita hendak didik manusia
Sebelum mengenal yang empunya syariat
Mengenalkan syariat sahaja
Tanpa mengenalkan ALLAH, yang empunya syariat
Nanti orang bersyariat tanpa iman
Apa ertinya syariat tanpa ALLAH?
Apabila orang membesarkan ALLAH
Sudah tentu orang akan membesarkan syariat-Nya
Tapi kalau syariat sahaja yang dibesarkan
Belum tentu orang yang bersyariat membesarkan ALLAH
Oleh itu perjuangkan iman, syariat akan dihormati
Orang mukmin itu sangat kuat bersyariat
Kerana syariat itu kepunyaan ALLAH
Ia adalah jalan kepada ALLAH.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar